Sunday, May 17, 2009

Hari Guru 2009


Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 17 Mei 2009 yang telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah. Antara acara yang menarik telah berlangsung ialah nyanyian lagu Guru Malaysia oleh PPP SK Bukit Tiu dan nyanyian lagu tema hari guru, senamrobik, sukaneka, persembahan murid dan juga persembahan guru. Wakil PIBG juga dijemput bagi memeriahkan majlis. PPP SK Bukit Tiu dihadiahkan kek istimewa oleh murid-murid yang telah dipotong oleh tuan Guru Besar. Majlis bersurai tepat jam 1.oo tengahari.

Wednesday, March 25, 2009

Kursus Pengurusan Sistem Fail


Unit Latihan Dalam Perkhidmatan SK Bukit Tiu telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Sistem Fail untuk PPP SK Bukit Tiu. Bengkel tersebut telah diadakan pada 25 Mac 2009 yang bertempat di Makmal Komputer Bukit Tiu yang bermula pada pukul 3.30 petang hingga 6.30 petang. Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 26 orang PPP SK Bukit Tiu dan penceramah bagi bengkel tersebut ialah En Zaharuddin B Abd Ghani, Pembantu Am Rendah SK Bukit Tiu yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.

Monday, February 9, 2009

Bengkel Penggunaan EDUWEBTV

Unit LDP Sk Bukit Tiu akan mengadakan Bengkel Latihan Penggunaan EDUWEBTV untuk Pegawai Perkhimatan Pelajaran SK Bukit Tiu. Bengkel tersebut akan diadakan di Makmal Komputer SK Bukit Tiu dan akan diadakan pada awal Mac 2009. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dari sekolah lain Daerah Machang yang berminat, boleh menghubungi Penyelaras LDP SK Bukit Tiu atau pihak pentadbir sekolah. Penyertaan adalah dialukan. Penceramah yang akan mengendalikan bengkel ini ialah Guru Media yang telah menghadiri kursus Latihan EDUWEBTV yang telah dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Kelantan. Sekian terima kasih.

Wednesday, October 29, 2008

Seminar Motivasi

Unit LDP SK Bukit Tiu akan mengadakan seminar kepada warga pendidik SK Bukit Tiu yang akan diadakan pada 08 November 2008 iaitu hari Sabtu yang bertajuk "Ilmu Psikologi Penting Untuk Warga Pendidik". Penceramah yang bakal dijemput untuk seminar tersebut ialah pensyarah dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pelajaran dari sekolah lain yang berminat boleh menghubungi Unit LDP SKBT untuk menyertai seminar tersebut.

Sunday, July 27, 2008

Seminar Penggunaan Microsoft PowerPoint Dalam P&P


Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) SK Bukit Tiu telah mengadakan Seminar Penggunaan Microsoft Power Point Dalam P&P bilik darjah pada 25 Mei 2008 lepas. Seminar tersebut telah dihadiri seramai 27 orang Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Sk Bukit Tiu yang telah diadakan di Makmal Komputer Sk Bukit Tiu. Tujuan seminar tersebut diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pelajaran SK Bukit Tiu berkenaan dengan kepentingan dan keberkesanan penggunaan microsoft power point untuk kegunaan P&P dalam bilik darjah, khusunya guru PPSMI. Semua peserta juga diajar cara-cara untuk membina slide power point, cara-cara untuk "set-up" projector dan penggunaan internet. Unit LDP SK Bukit Tiu tidak menggunakan tenaga pengajar dari luar, sebaliknya menggunakan tenaga pengajar yang sedia ada, iaitu En Kamaruddin B Awang Mat, iaitu guru data SK Bukit Tiu, dan dibantu oleh penyelaras LDP SK Bukit Tiu, En Azhan Mustafa(mempunyai 5 tahun pengalaman dalam bidang IT - pc maintainance/hardware/software). Seminar ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.